Sunday, May 22, 2011

durian oh durian


assalamualaikum w.b.t

bila korg tengok je pic kat atas ni, apa yg terlintas dlm fikiran korg?
mesti korg pk sy nak cakap pasal khasiat buah2an an? *pandai2 je teka.. hehe
emm, sebenarnya skrg ni banyak sgt waktu terluang, so sy decide nak post 1 cerita @ kisah pasal buah2an tempatan yg syok ntuk korg seme. *tp xtahula kalau sy sorg je yg syok sendiri. huhu
tapi siyez, kalau korg baca ni leh la hilangkan tension korg 2. so, spent ur time for a while 2 read this..okies? :)

okies, jom mula bercerita dgn cerita belimbing n durian ni...

dlm 1 pertandingan antara buah2an tempatan, durian dgn angkuhnya berkata "siapa lg diantara kalian yg sggup b'lawan dgn aku? aku percaya dah xder dah yg dpt kalahkan aku yg terer ni" (angkuh giler an?)
dlm banyak2 buah yg m'dengar kata2 durian tu, tiba2 berkatalah belimbing kpd durian, "kalau ko setuju aku nak bawak sedara aku berlawan ngan ko. haaaa, ader braannnn?" bila durian dengar je belimbing ckp mcm tu, dia pun ketawa dan berkata, " ha..ha..ha.. aku tawu, ko mesti nak bwk belimbing besi b'lawan ngan aku an? silakan3. bawak la ramai mana pun b'lawan ngan aku, ader aku kesah? aku x takut laa..


buah2 lain yg dengar cabaran belimbing tu tadi  menasihati belimbing agar membatalkan shj niatnya tu yg nak bawak sedaranya bertarung dgn durian. yelah, belimbing dgn durian an. kompom la durian yg menang t. tp, belimbing tetap berkeras nak bawak sedaranya tu bertarung dgn durian sebab da bengang gile ngan sikap durian yg semakin sombong n bongkak tu.

maka, belimbing pun bawakla sedaranya 2 masuk ke dlm gelanggang n pertandingan pun bermula lah. durian dgn angkuhnya berbaring sambil meniarap di gelanggang n berkata, "aku bg peluang sedara ko ni ntk hempap bdn aku dulu n kita lihat siapa yg akan merasa sakitnya nanti. ha..ha..ha.." kata durian dgn sombongnya.



maka, tanpa membuang masa dihempaplah durian oleh sedara belimbing tu tadi. dgn sekali hempap, durian pecah n terbelah 2. durian yg terkejut n merasa sakit tu terus bangun lalu menoleh kpd sedara belimbing tadi. durian merasa terkejut melihat sedara belimbing tadi lalu berteriak n mengadu kpd cempedak yg mengadili pertandingan tersebut.

"hoii, mana aci mcm ni. ni da kira menipu. dia ni kan penyu belimbing, kalau mcm ni matila aku!!"

hehe... penyu belimbing upernyer.. bukan la biuah belimbing. ha, to readers,.. lain kali jgn la sombong sgt k. kita ni semua sama jer. so, jgn la menindas org lain yg lebih lemah dari kita. akirnya nanti, diri sendiri juga yg malu dgn kesombongan n keangkuhan kita tu. betul x?


hambek kau! bukan sembarangan penyu ni, pendekar penyu aku kasi kau!! hahaha

ok, jumpa lagi di entri yg lain ntk 'hidangan cerita' yg lebih menarik n mantoop dari nie. okies?.. senyum2 selalu k guys!!! kasi hilang tension 2 sikit... :)

p/s: walaupun durian tu sombong, tp sy tetap suka makan durian. hihihi ^_*

Thursday, May 19, 2011

susah vs senang


~senangnya ntk kita dapatkan alamat rmh seseorang
tp susanya nak dapatkan tempat dlm ati seseorang

~senangny ntk kita menghakimi kesilapan org
tp susanya ntk kita kenalpasti kesalahan kita sendiri









~senangnya  bercakap tanpa berfikir
tp susanya nak menahan lidah kita drpd bercakap

~senangnya nak menetapkan peraturan
tp susanya nak ikut peraturan tu

~senangnya bermimpi setiap malam
tp susanya nak mendapat apa yg diimpikan

~senangnya nak melafazkan janji
tp susanya nak tunaikan janji tu ek

~senangnya kita ni buat kesilapan
tp susanya kita nak belajar drpd kesilapan tu   

~ senangnya nak menerima sesuatu
tp susanya nak memberi sesuatu kt org

~senangnya korg seme baca ni
tp susanya korg nak follow kan. *hehe









heeee... renung2kan n selamat beramal! :)

Wednesday, May 18, 2011

hello, hello, hello!!! jom berkenalan

assalamualaikum wahai para pembaca blog nie!!! salam mulia ntuk korg semer.. hmm.. memandangkan nie 1st entry sy, jom kenal2 dulu lah. ok?.. ta perlu nak berceloteh panjang, kita juz bercerita melalaui gambar. haaa, mcm mana 2?.. scroll down please.. :)

family orange :)
nie pic family sy..pic ni masa raya tahun lepas (2010) seme oren kan? aaiisshh..silau2..hekhek..sy ader 9 siblings n dalam pic ni pic family akak sy yg sulung xder, sbb dyorg xsampai umah ag..taper la, xder kat dalam pic tapi ader kat dlm hati,.. jgn cedey2 :). apa2 pun, ramai kan ahli keluarga sy nie
?.. meriaahhhh!!! aper2 pun sy syggg famliy sy :)

ok next story:
tuan empunya blog yg comot
haa, nielah sy. seorg yg suka bergambar. tgk tu, dengan dinding pun ok nak bergambar an? :) ok, drpd 9 adik beradik, sy yg kedua bongsu. still belajar n still lg single. haha..study come 1st guys.. :) sekarang belajar kat Universiti Pendidikan Sultan Idris. kat sini sy amek program Pendidikan Bahasa melayu.. ag 2 tahun nak abez.. xperlah, sabar2..moga dapat jd cikgu yg berkualiti 1 ari nanti. amin. doakan sy k..

ok lah, rasa2nyer dah cukup kowt pasal sy nie ntuk korg semer tahu. yg lain2 tu biarkan disimpan dlm peti rahsia sy..hehe.. last but not least, jgn lupa follow my blog ni k.. n keep viewing setiap post sy yg akan dtg nanti.. chill yaaww!! jgn lupa follow... :) terima kasih


haaa,.. nak berpantun jap ek;

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

jumpa lagiii